KOTA BHARU, 4 Mac 2024 – Seperti mengetahui bahawa dirinya akan pergi meninggalkan keluarga tercinta, seorang Guru Kanan Bahasa di SMK Kg. Dangar, Pasir Mas mengajak isteri dan anaknya menunaikan solat Maghrib berjemaah bersamanya.
Itulah solat terakhir yang diimamkan oleh Allahyarham Rosli Abdul Razak, 57, sebelum rebah ke pangkuan anak bongsunya sejurus selesai menunaikan solat mereka.
Isterinya, Che Azizah Che Yusof, 55, yang merupakan Anggota Kumpulan Pelaksana di SJKC Yok Eng, Pasir Mas, meskipun sangat sedih atas kehilangan suaminya, berkata beliau reda dan ikhlas atas pemergian arwah.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat didambakan oleh ramai umat Islam pada hari yang cukup mulia iaitu pada hari Jumaat serta ruang masjid dipenuhi jemaah yang ingin mensolatkan beliau.”
Dalam pada itu, Che Azizah memaklumkan bahawa arwah baharu sahaja menukar skim keahliannya kepada Ahli Skim Emas.
Beliau yang ditemui pada satu majlis penyerahan yang diadakan di SK Ismail Petra 2 hari ini menerima Khairat Kematian suaminya sebanyak RM52,010.28 dan sebagai Ahli Skim 18 juga, beliau turut menerima manfaat Khairat Kematian Pasangan sebanyak RM2,000, menjadikan keseluruhan manfaat khairat sebanyak RM54,010.28.
Di samping itu, Che Azizah juga berhasrat untuk menukar skim keahliannya kepada ASE sebagai persediaan untuk sebarang perkara yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Add New Comment