SKIM KEAHLIAN

Skim Kasih

SKIM KASIH diperkenalkan khusus untuk warga pendidik termasuk Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan pesara pendidikan bermula Januari 2026 selaras dengan keperluan perlindungan semasa.

Skim ini menawarkan 10 manfaat utama dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM152 Ribu serta perlindungan hayat sehingga usia 69 tahun.

Skim Kasih turut menyediakan perlindungan hayat untuk pasangan dan anak ahli dengan yuran berpatutan iaitu serendah RM35 sebulan bagi pasangan dan RM25 sebulan bagi anak.

Skim ini turut mensasarkan Ahli Skim Seumur Hidup, Ahli Skim 16, Ahli Skim 18 dan Ahli Skim Emas untuk menaik taraf keahlian mereka kepada Skim Kasih yang lebih menyeluruh, lebih inklusif dan bernilai tinggi berbanding skim sedia ada.

Terbuka kepada semua warga pendidik yang sedang berkhidmat dan pesara pendidikan di bawah 64 tahun, skim ini diwujudkan sebagai satu usaha YGMB yang berterusan dalam memelihara kebajikan ahli-ahlinya yang kini turut diperluaskan perlindungannya untuk satu keluarga.

💜
PERLINDUNGAN KELUARGA
Skim Kasih
CARUMAN BULANAN
Ahli RM69
Pasangan RM35
Anak RM25
📜 Sijil Induk Lihat dokumen dalam format PDF 📖 Brosur Lihat maklumat lengkap skim

Manfaat Kebajikan Skim Kasih

Perlindungan keluarga melalui 10 manfaat kebajikan untuk ahli, pasangan dan anak.

💜
Jumlah Manfaat
10 Manfaat
BIL. MANFAAT KEBAJIKAN AHLI PASANGAN ANAK
NILAI (RM) NILAI (RM) NILAI (RM)
01 Khairat Kematian


77,000.00 52,000.00 27,000.00
152,000.00 102,000.00 52,000.00
02 2,000.00

03 1,000.00

04 75,000.00 50,000.00 25,000.00
05 150,000.00 100,000.00 50,000.00
06 75.00/hari 50.00/hari 25.00/hari
07 75,000.00 50,000.00 25,000.00
08 Hadiah Persaraan 300.00

09 Rawatan COVID-19 Sehingga 300.00

10 Kos Bantuan Guaman Sehingga 30,000.00

Keterangan Manfaat

Khairat Kematian - Kemalangan

Keterangan

Kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya.
Perlindungan serta-merta tanpa berlaku pelanggaran undang-undang.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian - Biasa

Keterangan

Kematian akibat sakit atau penyakit.
Tempoh bertenang 30 hari.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian Pasangan

Keterangan

Pasangan sah dari segi undang-undang.
Tempoh bertenang 30 hari.
Sekali tuntutan sahaja.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian Anak

Keterangan

Anak yang sah dari segi undang-undang Malaysia.
Umur anak mestilah 31 hari hingga 23 tahun pada tarikh kematian.
Maksimum sehingga 4 kali tuntutan untuk 4 orang anak.
Keterangan Manfaat

Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa)

Keterangan

Disahkan ilat kekal secara total akibat sakit atau penyakit.
Tempoh bertenang 60 hari. Selepas 3 bulan, perlu penilaian kedua.
Pre-existing condition tidak dilindungi.
Keterangan Manfaat

Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)

Keterangan

Disahkan ilat kekal secara total akibat kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya tanpa berlaku pelanggaran undang-undang.
Tempoh bertenang 60 hari. Selepas 3 bulan, perlu penilaian kedua.
Keterangan Manfaat

Penyakit Kritikal

Keterangan

36 penyakit kritikal dilindungi.
Tempoh bertenang 60 hari.
Pre-existing condition tidak dilindungi.
Keterangan Manfaat

Elaun Hospital

Keterangan

Menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta dalam dan luar negara, tertakluk kepada minimum 6 jam tempoh berada di wad.
Maksimum 182 hari kemasukan wad hospital dalam satu tempoh.
365 hari sepanjang keahlian aktif.

Skim Ahli YGMB

Klik pada mana-mana skim untuk mengetahui maklumat dan manfaat dengan lebih lanjut.

👨‍🎓

Skim Pendidik Muda

Skim perlindungan asas paling mampu milik serendah RM20 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🤝

Skim Pendidik Budiman

Skim perlindungan komprehensif sehingga 69 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
👑

Skim Pendidik Perdana

Menawarkan perlindungan keluarga dengan caruman bermula RM49 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🏡

Skim Sejahtera

Perlindungan lengkap keluarga yang lebih komprehensif disamping penawaran pelbagai manfaat.

KETAHUI LANJUT  →
💖

Skim Kasih

Skim perlindungan hayat dengan penawaran nilai manfaat yang tinggi kepada ahli dan keluarga serta turut dibuka kepada pesara.

KETAHUI LANJUT  →
💎

Skim Platinum

Perlindungan premium yang komprehensif bagi menjamin Kebajikan ahli.

KETAHUI LANJUT  →
🏅

Skim Emas

Perlindungan berterusan kepada pesara, membolehkan ahli menikmati manfaat sehingga umur 79 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
🙏

Skim 18

19 manfaat kebajikan untuk guru dan kakitangan pendidikan.

KETAHUI LANJUT  →
💼

Skim 16

17 manfaat kebajikan dengan caruman serendah RM10 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
♾️

Skim Seumur Hidup

Skim keahlian terawal YGMB yang diperkenalkan sejak tahun 1994.

KETAHUI LANJUT  →