ALIRAN TUNTUTAN TAKAFUL

Carta Alir Tuntutan Manfaat Takaful

Rujuk carta alir di bawah untuk memahami proses tuntutan manfaat takaful, bermula daripada penghantaran permohonan sehingga tuntutan selesai diproses.

Carta Alir Tuntutan Manfaat Takaful Yayasan Guru Malaysia Berhad

Terma dan Syarat Umum Tuntutan

  1. Permohonan tuntutan manfaat boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi YGMB www.ygmb.com.my .
  2. Permohonan tuntutan manfaat mestilah lengkap dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Permohonan yang diterima tanpa dokumen sokongan akan dikategorikan sebagai TIDAK LENGKAP.
  3. Permohonan yang diterima melebihi tempoh yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai LEWAT.
  4. Permohonan yang tidak menepati terma dan syarat tuntutan akan dikategorikan sebagai GAGAL.
  5. Permohonan tuntutan manfaat yang lengkap dan tiada sebarang masalah akan diproses dalam tempoh 30 HARI BEKERJA.