Ahli Skim 16
SKIM KEAHLIAN

Skim 16

Ahli Skim 16 (AS16) diperkenalkan sejak tahun 2012 dengan menawarkan sebanyak 16 manfaat kebajikan sebelum ditambah manfaat Rawatan COVID-19 pada tahun 2020. Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17 manfaat untuk dinikmati oleh ahli skim ini.

Menyedari kepentingan dan keperluan kebajikan yang berubah dari tahun ke tahun, YGMB mengambil pendekatan memperkenalkan skim ini bagi menarik lebih ramai warga pendidik untuk menyertai YGMB.

Tempoh maksimum keahlian AS16 adalah sehingga ahli mencapai umur 60 tahun atau sehingga tarikh persaraan, tertakluk kepada syarat keahlian yang ditetapkan.

Ahli AS16 juga boleh menukar kategori keahlian kepada Ahli Skim 18 atau Ahli Skim Emas untuk menikmati pelbagai manfaat yang lebih besar berdasarkan terma dan syarat keahlian yang telah ditetapkan.

🛡️
SKIM PERLINDUNGAN
Skim 16
Yuran bulanan
RM10
/bulan
📖 Brosur Lihat maklumat lengkap skim

Manfaat Kebajikan Skim 16

Perlindungan melalui 17 manfaat kebajikan dengan kadar yuran RM10.00 sebulan.

🛡️
Jumlah Manfaat
17 Manfaat
BIL. MANFAAT KEBAJIKAN NILAI MANFAAT (RM)
01 Khairat Kematian Ahli
Kemalangan Jalan Raya 28,000.00
Penyakit / Kematian Biasa 8,000.00
02 Khairat Kematian – Pasangan Ahli 1,000.00
03 Khairat Kematian – Anak Ahli
Seorang sahaja, berumur 18 tahun ke bawah
500.00
04 Kecacatan Kekal / Hilang Upaya – Ahli
Kemalangan Jalan Raya Sehingga 25,000.00
Penyakit Sehingga 5,000.00
05 Kecacatan Kekal / Hilang Upaya – Pasangan Ahli Sehingga 1,000.00
06 Kecacatan Kekal / Hilang Upaya – Anak Ahli
Seorang sahaja, berumur 18 tahun ke bawah
Sehingga 500.00
07 Kemalangan Jalan Raya
Kos Perubatan Hospital Swasta Sehingga 10,000.00
Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
Membeli Peralatan Sokongan Sehingga 500.00
08 Elaun Hospital
Kemasukan ke hospital kerajaan maksimum 100 hari pada kadar RM50.00 sehari
Sehingga 5,000.00
09 Musibah
Ragut / Denggi
Sehingga 750.00
10 Pendaftaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM – Ahli
Sarjana Muda / Sarjana / PhD
1,000.00
11 Pendaftaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM – Anak Ahli
Seorang sahaja berumur 23 tahun ke bawah – Sarjana Muda / Sarjana / PhD 500.00
12 Bencana
Banjir / Kebakaran / Ribut
Sehingga 500.00
13 Hadiah Persaraan 500.00
14 Saguhati Mengerjakan Haji 500.00
15 Kelahiran Anak 300.00
16 Perkahwinan 300.00
17 Rawatan COVID-19 Sehingga 300.00

Skim Ahli YGMB

Klik pada mana-mana skim untuk mengetahui maklumat dan manfaat dengan lebih lanjut.

👨‍🎓

Skim Pendidik Muda

Skim perlindungan asas paling mampu milik serendah RM20 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🤝

Skim Pendidik Budiman

Skim perlindungan komprehensif sehingga 69 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
👑

Skim Pendidik Perdana

Menawarkan perlindungan keluarga dengan caruman bermula RM49 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🏡

Skim Sejahtera

Perlindungan lengkap keluarga yang lebih komprehensif disamping penawaran pelbagai manfaat.

KETAHUI LANJUT  →
💖

Skim Kasih

Skim perlindungan hayat dengan penawaran nilai manfaat yang tinggi kepada ahli dan keluarga serta turut dibuka kepada pesara.

KETAHUI LANJUT  →
💎

Skim Platinum

Perlindungan premium yang komprehensif bagi menjamin Kebajikan ahli.

KETAHUI LANJUT  →
🏅

Skim Emas

Perlindungan berterusan kepada pesara, membolehkan ahli menikmati manfaat sehingga umur 79 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
🙏

Skim 18

19 manfaat kebajikan untuk guru dan kakitangan pendidikan.

KETAHUI LANJUT  →
💼

Skim 16

17 manfaat kebajikan dengan caruman serendah RM10 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
♾️

Skim Seumur Hidup

Skim keahlian terawal YGMB yang diperkenalkan sejak tahun 1994.

KETAHUI LANJUT  →