Ahli Skim Platinum
SKIM KEAHLIAN

Skim Platinum

Ahli Skim Platinum (ASP) merupakan skim keahlian terbaharu yang ditawarkan kepada warga pendidik dan juga lebih 100,000 Ahli YGMB sedia ada yang berhasrat untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik. Antara manfaat yang ditambah baik menerusi skim ini ialah senarai Penyakit Kritikal sedia ada yang ditambah kepada 51 jenis penyakit, Bantuan Anak Istimewa dan Keguguran serta Perkhidmatan Ambulans.

ASP diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik yang sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh YGMB dalam memelihara kebajikan guru-guru yang bernaung di bawah YGMB.

Skim keahlian ini merupakan pelan perlindungan secara menyeluruh dan komprehensif terhadap kematian, keilatan menyeluruh dan kekal, penyakit kritikal, perubatan serta pelbagai manfaat lain dengan nilai maksimum sehingga RM132,000.00 menerusi 21 manfaat yang tersedia dengan yuran sebanyak RM79.00 sebulan.

ASP terbuka kepada warga pendidik yang berumur 54 tahun ke bawah dan juga ahli sedia ada bagi Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (AS16), Ahli Skim 18 (AS18) serta Ahli Skim Emas (ASE). Ahli-ahli tersebut juga berpeluang menikmati manfaat ASP dengan menukar kategori keahlian sedia ada kepada skim keahlian ini berdasarkan terma dan syarat.

Tempoh maksimum keahlian ASP adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan.

🏆
KEAHLIAN PREMIUM
Skim Platinum
Yuran bulanan
RM79
/bulan
📜 Sijil IndukLihat dokumen dalam format PDF 📖 BrosurLihat maklumat lengkap skim

Manfaat Kebajikan Skim Platinum

Perlindungan menyeluruh melalui 21 manfaat kebajikan dengan kadar yuran RM79.00 sebulan.

🛡️
Jumlah Manfaat
21 Manfaat
BIL. MANFAAT KEBAJIKAN NILAI MANFAAT (RM)
01 Khairat Kematian
132,000.00
67,000.00
02 2,000.00
03 1,000.00
04 130,000.00
05 65,000.00
06 Sehingga 130,000.00
07 60,000.00
08 60/hari
09 Sehingga 1,000.00
10 Kemalangan Jalan Raya
Sehingga 10,000.00
Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
Sehingga 1,000.00
Kos Peralatan Sokongan Sehingga 500.00
11 Pendaftaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM – Ahli
Sarjana Muda / Sarjana / PhD
1,000.00
12 Pendaftaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM – Anak Ahli
Sarjana Muda / Sarjana / PhD
500.00
13 Bencana (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga 500.00
14 Saguhati Mengerjakan Haji 500.00
15 Hadiah Persaraan 500.00
16 Hadiah Kelahiran Anak 300.00
17 Hadiah Perkahwinan 300.00
18 Kos Bantuan Guaman Sehingga 30,000.00
19 Rawatan COVID-19 Sehingga 300.00
20 Bantuan Anak Istimewa 500.00
21 Keguguran
1,000.00
Kemalangan Biasa 500.00
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian - Kemalangan

Keterangan

Kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya.
Perlindungan serta-merta tanpa berlaku pelanggaran undang-undang.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian - Biasa

Keterangan

Kematian akibat sakit atau penyakit.
Tempoh bertenang 30 hari jika bukan pre-existing condition.
Tempoh bertenang 12 bulan jika pre-existing condition.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian Pasangan

Keterangan

Pasangan sah dari segi undang-undang.
Tempoh bertenang 30 hari.
Sekali tuntutan sahaja.
Keterangan Manfaat

Khairat Kematian Anak

Keterangan

Anak yang sah dari segi undang-undang Malaysia.
Umur anak mestilah 14 hari hingga 22 tahun pada tarikh kematian.
Maksimum sehingga 3 kali tuntutan untuk 3 orang anak.
Keterangan Manfaat

Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa)

Keterangan

Disahkan ilat kekal secara total akibat sakit atau penyakit.
Tempoh bertenang 60 hari. Selepas 3 bulan, perlu penilaian kedua.
Pre-existing condition hanya dilindungi selepas 12 bulan.
Keterangan Manfaat

Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)

Keterangan

Disahkan ilat kekal secara total akibat kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya tanpa berlaku pelanggaran undang-undang.
Tempoh bertenang 60 hari. Selepas 3 bulan, perlu penilaian kedua.
Keterangan Manfaat

Keilatan Kekal Separa (Kemalangan)

Keterangan

Disahkan ilat separa akibat kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya tanpa berlaku pelanggaran undang-undang.
Tempoh bertenang 60 hari. Selepas 3 bulan, perlu penilaian kedua.
Keterangan Manfaat

Penyakit Kritikal

Keterangan

51 jenis penyakit kritikal dilindungi.
Tempoh bertenang 60 hari.
Pre-existing condition hanya dilindungi selepas 12 bulan sijil diaktifkan.
Keterangan Manfaat

Elaun Hospital

Keterangan

Menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta dalam dan luar negara.
Tempoh kemasukan wad maksimum 120 hari/tahun.
Pre-existing condition hanya dilindungi selepas 12 bulan sijil diaktifkan.
Keterangan Manfaat

Keguguran Akibat Kemalangan Jalan Raya

Keterangan

Jika berlaku kemalangan jalan raya sahaja.
Disahkan doktor mengalami keguguran akibat kemalangan jalan raya.
Keterangan Manfaat

Kemalangan Jalan Raya - Perkhidmatan Ambulans

Keterangan

Jika menggunakan perkhidmatan ambulans swasta ketika berlakunya kemalangan jalan raya.
Bayaran one-off mengikut bil perkhidmatan ambulans, tertakluk kepada maksimum nilai manfaat.
Keterangan Manfaat

Kemalangan Jalan Raya - Kos Perubatan Hospital/Klinik Swasta

Keterangan

Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan jalan raya di mana-mana hospital swasta atau klinik swasta, salah satu.
Keterangan Manfaat

Ragut

Keterangan

Musibah ragut.

Skim Ahli YGMB

Klik pada mana-mana skim untuk mengetahui maklumat dan manfaat dengan lebih lanjut.

👨‍🎓

Skim Pendidik Muda

Skim perlindungan asas paling mampu milik serendah RM20 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🤝

Skim Pendidik Budiman

Skim perlindungan komprehensif sehingga 69 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
👑

Skim Pendidik Perdana

Menawarkan perlindungan keluarga dengan caruman bermula RM49 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
🏡

Skim Sejahtera

Perlindungan lengkap keluarga yang lebih komprehensif disamping penawaran pelbagai manfaat.

KETAHUI LANJUT  →
💖

Skim Kasih

Skim perlindungan hayat dengan penawaran nilai manfaat yang tinggi kepada ahli dan keluarga serta turut dibuka kepada pesara.

KETAHUI LANJUT  →
💎

Skim Platinum

Perlindungan premium yang komprehensif bagi menjamin Kebajikan ahli.

KETAHUI LANJUT  →
🏅

Skim Emas

Perlindungan berterusan kepada pesara, membolehkan ahli menikmati manfaat sehingga umur 79 tahun.

KETAHUI LANJUT  →
🙏

Skim 18

19 manfaat kebajikan untuk guru dan kakitangan pendidikan.

KETAHUI LANJUT  →
💼

Skim 16

17 manfaat kebajikan dengan caruman serendah RM10 sebulan.

KETAHUI LANJUT  →
♾️

Skim Seumur Hidup

Skim keahlian terawal YGMB yang diperkenalkan sejak tahun 1994.

KETAHUI LANJUT  →