Kebajikan Guru, Keutamaan Kami
Portal baharu YGMB dengan paparan lebih moden, kemas dan mesra pengguna untuk warga pendidik mendapatkan maklumat berkaitan yayasan, visi misi dan skim kebajikan.
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah Akta Syarikat pada 7 Mac 1994. YGMB diwujudkan pertama kali dalam sejarah pendidikan negara untuk menjadi payung utama kepada warga pendidik, memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela dalam apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan di samping membantu memartabatkan profesion keguruan dalam melahirkan modal insan berkualiti.
Info LanjutVisi
Organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi memartabatkan profesion keguruan.
Misi
- Mengadakan kebajikan, bantuan serta kemudahan untuk guru.
- Menjana sumber kewangan untuk mengukuhkan dana kebajikan guru.
- Membantu meningkatkan kualiti profesionalisme guru.
10 Skim Keahlian YGMB
Pilih skim yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Ingin Membuat Semakan atau Tuntutan?
Semak status keahlian, manfaat kebajikan dan tuntutan anda dengan lebih mudah melalui sistem YGMB.
Berita Terkini
Berita berkaitan aktiviti dan program Keahlian dan Kebajikan yang dijalankan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sepanjang tahun.
Perlukan bantuan berkaitan semakan, tuntutan atau skim keahlian?
Hubungi pegawai YGMB mengikut jenis urusan anda untuk mendapatkan bantuan berkaitan keahlian, tuntutan manfaat serta maklumat skim yang bersesuaian.