YGMB Berhad
April 3, 2024

BANDAR JENGKA, 3 April 2024 – Kanser payudara adalah antara penyakit yang paling digeruni terutamanya dalam kalangan wanita.

Begitu juga bagi seorang guru, Rohazlinda Abu Hanipah, 51, yang mengajar di SMK Jengka 16, apabila beliau disahkan menghidap kanser payudara pada Oktober tahun lalu.

Beliau yang kini dalam proses rawatan sentiasa berdoa dan berusaha untuk pulih seperti sediakala agar dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

“Saya kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di hospital swasta di Kuala Lumpur dan ini merupakan kemoterapi kesembilan.”

Tambah beliau, meskipun mempunyai insurans lain, namun ia hanyalah pelan simpanan dan tidak menampung kos perbelanjaan rawatannya.

“Insurans saya yang lain adalah merupakan simpanan dan belum mencapai tempoh matang untuk dikeluarkan dan dengan wang manfaat yang diberikan oleh YGMB inilah dapat saya gunakan bagi menampung kos rawatan di hospital.”

“Tanpa manfaat daripada YGMB ini, pastinya saya perlu menggunakan simpanan sendiri dan sebagai Ahli YGMB saya sangat bersyukur kerana banyak perkara dapat diselesaikan terutamanya dalam keadaan kecemasan seperti yang saya alami sekarang.”

Rohazlinda yang tidak dapat hadir ke majlis telah diwakili oleh anaknya kerana sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur dan menerima manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM25,040.83 pada satu majlis penyerahan manfaat yang diadakan di SK Desa Jaya, Bandar Jengka.