Pada 10 April lalu, YGMB telah menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim 18 dan Khairat Kematian bagi Ahli Skim 16 iaitu kepada Rasidah Che Deris dan waris Allahyarham Shuib Atmari, Sundusia Albi.
Rasidah bersyukur apabila menerima manfaat berjumlah lebih RM25,000 selepas disahkan menghidap kanser payudara dan memaklumkan wang tersebut akan digunakan bagi menampung kos rawatan yang sedang dijalani.
Sementara itu, Sundusia pula menerima manfaat berjumlah RM8,000 selepas suaminya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Pasangan tersebut mempunyai lima orang anak yang kini hilang tempat bergantung.
Kedua-dua penerima tersebut ditemui ketika Seminar Program Profesionalisme Psikologi dan Kaunseling 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Add New Comment