YGMB Berhad
June 4, 2025

Perjalanan ke Johor Bahru melalui Lebuh Raya Utara Selatan seakan tidak terasa sebaik tiba di Johor Bahru untuk menjalankan amanah yang digalas YGMB.

Maka terhasillah pertemuan dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan di JPN Johor, Ahmad Taufik Hamzah bagi penyerahan manfaat Penyakit Kritikal berjumlah lebih RM50,000.

Dalam keadaan mengalami strok, beliau gagahi juga diri datang ke Seminar Pembitaran untuk Reformasi Sekolah di JPN Johor bagi berkongsi pengalaman.

“Saya harap semua warga pendidik dan sekolah menyertai YGMB kerana ia sedikit sebanyak akan membela nasib kita apabila diuji dengan penyakit kritikal. Ini pengalaman saya,” katanya di hadapan para peserta seminar.

Beliau menjadi Ahli Skim Emas sejak September 2022.

Seterusnya ialah Ahli Skim 18, Azizah Mohd. Yunus yang menerima RM8,000 untuk manfaat Kemalangan Jalan Raya (Kos Perubatan Hospital).

Seperti Ahmad Taufik, Azizah juga mahu membantu YGMB dalam menggalakkan warga sekolahnya menyertai skim-skim YGMB.

Penyerahan manfaat disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tuan Haji Aminudin Adam sambil disaksikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Mohammad Yong Salleh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd. Kamal Ahmad Untong.

YGMB mendoakan semoga semua penerima manfaat tersebut dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.