KUALA TERENGGANU, 13 Januari 2025 – Seorang Ahli Skim 18 yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di SK Rengas Bekah meninggal dunia selepas mengalami tekanan darah rendah di rumahnya pada Oktober tahun lepas.
Allahyarhamah Ramlah Muda yang berusia 57 tahun telah menamakan Rosli Awang iaitu suaminya dan anak mereka, Nuqman Naqiuddin sebagai waris bagi manfaat Khairat Kematian yang berjumlah RM27,030.63.
Sehubungan itu, YGMB telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian tersebut kepada Nuqman Naqiuddin pada sebuah majlis penyerahan manfaat yang diadakan di SK Bukit Payong.
Penyerahan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Dato’ Haji Abdul Muie Ngah dengan diiringi bersama Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.
Kedua-dua manfaat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah JPWPKL, Radzita Radzi diiringi bersama Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat dalam program Ceramah Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama PDRM dan YGMB yang diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Add New Comment