KUANTAN, 24 Februari 2025 – Guru Besar SK Jengka 1, Cikgu Zuraidah Abu Bakar yang merupakan isteri kepada Ahli Skim Emas hari ini menerima manfaat Khairat Kematian suaminya yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Suaminya, Allahyarham Mohamad Khizar Awang merupakan seorang guru dan telah berkhidmat kali terakhir di SK LKTP Kampung Awah. Allahyarham meninggal dunia pada usia 62 tahun dan baru sahaja menjadi ahli selama satu tahun selepas persaraannya.
Sehubungan itu, Cikgu Zuraidah yang sebelum ini telah menerima manfaat Khairat Kematian Pasangan berjumlah RM2,000, hari ini turut menerima manfaat Khairat Kematian arwah suaminya sebagai waris utama sebanyak RM52,009.60.
Add New Comment